:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Susu Kolostrum terbaik Abad ini Susu C2Joy dari Syarikat C2Joy [M] Sdn Bhd dan ElloJoy daripada Syarikat Digital Joy Sdn Bhd :::: Terima Kasih :::: Sila Hubungi UstDi, NDr jika ada sebarang pertanyaan di talian Hotline 011-1009 5423 ...

SUSU KOLOSTRUM C2JOY/ ELLOJOY

Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh tubuh ibu, dihasilkan sejak tempoh kehamilan hinggalah hari ketiga atau keempat selepas kelahiran bayi.

Ia adalah susu dan merupakan satu-satunya makanan yang bayi perlukan di hari-hari awal kelahirannya (sesetengah salah faham dan menganggap kolostrum adalah kekotoran yang keluar dari payudara dan perlu dibuang). Susu istimewa ini adalah pekat dan berwarna kuning keperangan. Ia rendah lemak, tetapi tinggi karbohidrat, protein dan antibodi yang membantu mengekalkan kesihatan bayi.

Ia sangat mudah dihadam oleh bayi. Ia makanan pertama bayi yang lengkap. Walaupun kuantiti yang terhasil adalah sedikit sahaja, tetapi kualiti khasiat di dalamnya tidak ternilai. Ia hanya terhasil beberapa titik sahaja pada satu-satu masa. Ia hanya dapat diukur dalam milimeter sahaja, tidak dapat diukur menggunakan ukuran oz. Tetapi jangan risau dan percayalah, beberapa titik itu sudah mampu mengenyangkan bayi anda (saiz perut bayi di hari awal kelahiran adalah amat kecil).

Kolostrum yang mempunyai kesan laksatif (yang bersesuaian dengan bayi baru lahir) untuk memudahkan bayi buang air besar pada hari-hari awal kelahirannya, yang membantu merembes keluar bilirubin berlebihan bagi mengelakkan jaundis (demam kuning).

Apabila kita mula menyusukan bayi awal (mulakanlah dalam tempoh sejam awal kelahiran), dan kerap (mengikut demand/kemahuan bayi), susu matang akan terhasil dalam hari ketiga atau keempat selepas kelahiran. Susu ini telah meningkat kuantitinya berbanding kolostrum tadi, dan ia juga berwarna putih dan cair (tidak lagi pekat seperti kolostrum tadi).

PENTING | Dalam tempoh hari-hari awal selepas kelahiran, adalah teramat penting untuk kita susukan bayi sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari, malah lebih kerap, lebih baik! Ini dapat memastikan bayi mendapat semua khasiat kolostrum dan juga merangsang penghasilan susu matang yang banyak. Penyusuan yang kerap juga dapat mengelakkan bengkak susu.

Kolostrum bukan sahaja menyediakan semua nutrien yang amat sempurrna dan sesuai untuk bayi baru lahir, malah turut mengandungi sel-sel hidup yang akan melindungi bayi dari ancaman kuman, virus dan agen-agen berbahaya. Kadar antibodi dalam kolostrum juga amat tinggi berbanding susu matang.

Kolostrum umpama vaksin/imunisasi/pelindung semulajadi bayi kita yang 100% selamat. Kolostrum juga memainkan peranan penting dalam salur gastrointestinal atau salur pencernaan bayi dengan menyediakan pelindung dalam mengelakkan sebarang ancaman merbahaya dari meresap ke tubuh bayi.

Kolostrum juga mengandungi kandungan leukocytes, iaitu sel darah putih yang akan memusnahkan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit kepada bayi.

Kemudiannya, susu matang terhasil. Walaupun kolostrum yang sangat berkhasiat telah digantikan dengan susu matang, namun selagi kita menyusukan bayi kita, si comel tetap akan menerima perlindungan antibodi dari susu ibu, kerana susu matang itu juga mengandungi antibodi. 

Ia mempunyai khasiat yang tiada tandingan, ia satu-satunya yang paling sesuai dengan bayi kita, dan ia juga percuma.Tiada kerisauan langsung apabila kita susukan bayi dengan kolostrum dan susu ibu, kerana kita tahu ia sememangnya telah tercipta khas untuk bayi kita.

Ia adalah satu anugerah yang tidak patut disia-siakan.

No comments:

Post a Comment

BAHAN BACAAN C2JOY

  Berikut ialah info berkaitan USP Produk Susu C2Joy, dari C2Joy M Sdn Bhd yang diketuai oleh CEO nya Pn Arabie binti Mohamed . AlhamduliLLA...