:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Susu Kolostrum terbaik Abad ini Susu C2Joy dari Syarikat C2Joy [M] Sdn Bhd dan ElloJoy daripada Syarikat Digital Joy Sdn Bhd :::: Terima Kasih :::: Sila Hubungi UstDi, NDr jika ada sebarang pertanyaan di talian Hotline 011-1009 5423 ...

10 TIPS KOMUNIKASI UNTUK USAHAWAN

 

Assalamualaikum wmwbrkth / Salam Sejahtera,
 
10 TIPS KOMUNIKASI UNTUK USAHAWAN
 
1.    Fokus kepada bangunkan bisnes, bukan menang perbalahan. Usah buatkan pelanggan lari dengan sikap kita yang suka berbalah. Pelanggan tak suka berurusan dengan usahawan kaki gaduh.
2.    Elakkan mengkritik orang lain di Facebook. Kalau tak setuju, diam. Usah berlumba-lumba menunjukkan kebodohan dengan cuba menunjukkan "kecerdikan" di media sosial orang lain. Pelanggan tak berminat dengan usahawan yang suka cari salah orang.
3.    Biasakan dengan minta maaf, walaupun tidak bersalah. Jaga hati pelanggan. Harga untuk nak dapatkan pelanggan baru lebih mahal dari mengekalkan pelanggan sedia ada.
4.    Sekiranya pelanggan merungut, selesaikan rungutan tersebut. Usah salahkan pelanggan. Pelanggan tak suka dipersalahkan. Biarkan dia berasa betul asalkan dia berikan duit kepada kita.
5.    Usah janji berlebih-lebihan. Pelanggan tak suka usahawan mungkir janji. Kalau kita tak boleh buat, beritahu awal-awal. Tawarkan untuk membantu pelanggan dengan cara lain.
6.    Belajar simpan perasaan marah. Usah hamburkan kepada pelanggan. Sekali pelanggan lari, susah mereka nak datang semula. Orang kita pendendam.
7.    Hormat pelanggan. Gunakan bahasa yang sedap didengar. Gunakan panggilan yang bersesuaian. Elok panggil tuan atau puan. Sekiranya tak pasti, panggil Dato!
8.    Sekiranya ada orang burukkan bisnes kita di media sosial, abaikan. Buat-buat tak tahu. Sekiranya ada kesilapan fakta, betulkan. Jika tidak, biarkan dia. Usah bantu viralkan keburukan itu dengan terus berbalah.
9.    Belajar bagaimana untuk menyelesaikan konflik. Pastikan penyelesaian itu menguntungkan kesemua pihak. Usah untung sekarung, rugi seguni.
10. Ingat, 85% kejayaan bisnes ditentukan oleh kemampuan kita menjalin hubungan perorangan dan komunikasi. Sekitar 15% ditentukan oleh kemampuan teknikal. Maksudnya, kalau kita pandai teknikal saja, tetapi tak pandai meraikan pelanggan, bisnes bungkus!

No comments:

Post a Comment

BAHAN BACAAN C2JOY

  Berikut ialah info berkaitan USP Produk Susu C2Joy, dari C2Joy M Sdn Bhd yang diketuai oleh CEO nya Pn Arabie binti Mohamed . AlhamduliLLA...